fb fb fb fb fb

MCA sasar 4,000 ahli baharu di Johor

(Konvensyen Tahunan MCA Johor di Kulai, Johor)

KULAI, 6 Ogos- Seramai 4,000 ahli baharu yang mencapai umur 18 tahun di Johor, disasar menyertai parti MCA sebagai persiapan menghadapi cabaran pilihan raya akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata proses meremajakan parti yang telah berusia hampir 70 tahun itu akan bermula di Johor.

Langkah itu penting sejajar pelaksanaan Undi 18 yang menyebabkan setiap individu secara automatik didaftarkan sebagai pengundi berbanding dahulu yang perlu mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


(Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong)

"Kita perlu menambah lebih ramai ahli muda ahli baharu, maka ia merupakan satu proses yang sangat penting dalam tempoh yang paling singkat mereka akan mencari bukan sekadar 400 orang di Johor perlu cari 4,000 ahli.

"Ini sasaran yang telah saya minta supaya mereka dapat capai kerana kita tahu setiap hari ada orang mencapai umur 18 tahun, dia akan terus menjadi pengundi", katanya.
 
Pelaksanaan bagi mendaftarkan ahli baharu juga akan dibuat di negeri-negeri lain secara berperingkat selepas dilaksanakan di Johor.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Johor di Kulai, Johor.

Media Baharu