fb fb fb fb fb

KPM komited sediakan pendidikan berkualiti kepada MBPK

(Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Bumbong Lima,
Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 6 Ogos- Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa komited menyediakan pendidikan berkualiti kepada para pelajar termasuk Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) bagi memastikan golongan itu tidak tercicir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik akses MBPK bagi memastikan sistem pembelajaran golongan itu lebih kondusif.


(Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek)

"Kita beri tumpuan penuh golongan MBPK kerana mahu memastikan mereka tidak akan ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu, kita turut akan pastikan tiada murid yang tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya termasuklah anak orang Asli dan kanak-kanak tanpa dokumen.

“Saya percaya anak-anak ini juga boleh menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara, paling penting kita kena sediakan fasiliti yang mencukupi,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Kepala Batas.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) Bumbong Lima, Kepala Batas.

Sekolah yang menelan kos RM47.5 juta itu, bakal memulakan operasi pada Oktober depan dan mampu menempatkan sekurang-kurangnya 192 MBPK.

Media Baharu