fb fb fb fb fb

Tidak daftar lesen, pengguna masih boleh akses media sosial

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 November - Kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses platform media sosial yang gagal mendaftar Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi [ASP (C)] selepas 1 Januari tahun hadapan.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pengguna masih boleh mengakses dan menggunakan platform berkenaan selepas peraturan itu berkuat kuasa.

Bagaimanapun beliau menggesa penyedia platform media sosial bertanggungjawab memainkan peranan penting dalam mewujudkan ekosistem lebih selamat kepada pengguna.

"Ia mungkin menjadi 'langkah terakhir' yang diambil kerajaan selepas mengambil tindakan lain berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Pada waktu ini kerajaan tidak berhasrat mengekang akses kepada platfrom tersebut (jika gagal berdaftar). Jadi kita lihat itu sebagai 'the last resort'' (langkah terakhir diambil) dan kita tak mahu ke arah itu.

"Apa yang penting kita bukan sahaja mahu internet yang lebih laju, lebih murah (tetapi) selmat untuk kanak-kanak dan keluarga" katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Wan Saifulruddin bertanya sama ada kerajaan akan menyekat akses platfom media sosial yang gagal mendaftarkan pelesenan masing-masing selepas peraturan itu dikuatkuasakan, selain risiko pertindihan peraturan tersebut dengan Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian yang sedang digubal.

GRACE AISYAH KEDAYAN