fb fb fb fb fb

PM akhiri lawatan ke China, fokus peluang pelaburan dan ekonomi

Foto RTM

BEIJING, 7 November - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan jadual padat hari terakhir lawatan kerja ke China, dengan mesyuarat bersama-sama China International Capital Corp (CICC) dan Huawei, di sini. 

Objektifnya, bagi mempertingkat peluang pelaburan dan seterusnya merancakkan ekonomi negara 

Beliau memulakan lawatan kerja di hari keempat dengan menghadiri mesyuarat perniagaan bersama-sama CICC.

Selepas itu, Perdana Menteri melawat Pusat Taklimat Eksekutif Huawei di daerah Haidian.

Ketibaan beliau pada pukul 10.30 pagi disambut  Pengerusi Huawei Liang Hua sebelum mengadakan mesyuarat peringkat tinggi bersama-sama eksekutif kanan Huawei.

Anwar kemudiannya menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Bridging Futures : Strengthening Malaysia-China Relations and ASEAN Centrality in a Shifting Global Order’ di Universiti Peking, di sini.

Beliau kemudian dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja empat hari ke China bermula 4 November.

TETITIA YUSOFF