fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak berhasrat lanjut pendaftaran, kemas kini PADU - Rafizi

Rafizi Ramli

SHAH ALAM, 23 Mac- Kerajaan tidak berhasrat untuk melanjutkan tempoh pendaftaran dan kemas kini Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berkahir pada 31 Mac ini kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Namun pihaknya akan menggunakan data sedia ada sebagai mekanisme untuk memberi bantuan dan akan mencari alternatif lain sekiranya ada golongan yang tercicir.

"Jadi sementara dia tak tercicir, tetapi apabila kita nak mula bagi tu panjang sedikit langkah dia.

"Kami akan tetapkan langkah seterusnya untuk individu yang telah dikenal pasti layak tetapi belum mendaftar. Bagaimana dia ingin menyemak kelayakan dan sebagainya," katanya kepada media selepas sesi "Townhall bersama Menteri Ekonomi Berkaitan PADU" di sini.

Rafizi dalam sesi itu juga meminta agar pemimpin komuniti yang hadir untuk menyampaikan keseluruhan maklumat PADU yang dikongsikan dalam sesi tersebut kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Perkara itu termasuk mengenai kepentingan statistik data, pengukuhan keselamatan dan keberhasilan PADU dalam usaha meningkatkan pendaftarannya menjelang akhir bulan ini.

Dalam perkembangan lain Kementerian Ekonomi akan berjumpa dengan kerajaan Sarawak berhubung pendaftaran PADU minggu depan.

Menurut Rafizi perkara tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu yang tular mengenai sistem berkenaan yang dikaitkan dengan kerajaan negeri Sarawak.

"Kerajaan Sarawak antara paling terkedepan sebelum ini menggerakkan kakitangan kerajaan negeri untuk mendaftar PADU.

"Jadi sebab itu, sarawak antara yang tertinggi. Mungkin setelah menjalani tiga bulan itu ada perkara-perkara yang kami belum dimaklumkan. yang itu yang akan kita bincangkan minggu depan," katanya.

Bagaimanapun rafizi memaklumkan perjumpaan tersebut juga tidak akan memberikan kesan kepada pendaftaran penduduk negeri Sarawak yang akan berjalan seperti biasa.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI