(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 20 Jun- Kerajaan tidak bercadang untuk menambat nilai matawang Ringgit kepada Dolar Amerika Syarikat.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata langkah berkenaan sekiranya dilaksana dikhuatiri menjejaskan pelaksanaan dasar monetari sekali gus menjejaskan keyakinan dan daya saing negara diperingkat antarabangsa.
(Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan)
"Saya ingin memaklumkan di sini kerajaan tidak bercadang menambat nilai Ringgit seperti yang dilaksana pada 1998. Nilai Ringgit ditambat 1 USD kepada 3.80.
"Keburukan penambatan ini kita akan kehilangan keupayaan untuk meneruskan dasar monteri kita sendiri. Sebagai contoh jika Kadar Dasar Semalaman (OPR) sekarang 3.0, OPR Amerika 5.25 jika ditambat nilai Ringgit kepada USD 3.80, OPR perlu dinaikkan kepada 5.25.
"OPR 3.0 pun rakyat sudah berasa amat tidak selesa, inikan pula jika dinaikkan kepada 5.25 kerana jika kita tambat kita tiada kebebasan untuk melaksanakan dasar monetari kita sendiri. Itu satu keburukan bila tambat Ringgit kepada USD", katanya dalam sesi Dewan Negara di Parlimen.
Selain itu, penambatan nilai ringgit juga akan mengekang kebebasan aliran modal dalam pelaburan asing negara.
Soalan tersebut menjawab pertanyaan Senator Datuk Shamsuddin Abd Ghaffar.