fb fb fb fb fb

Perkukuh fungsi institusi legislatif, Akta Pentadbiran Parlimen diperkenal semula

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed komited dalam membantu menjayakan agenda kerajaan Madani.

Ini termasuk, pelaksanaan pengenalan semula Akta Pentadbiran Parlimen ke arah pengukuhan fungsi institusi legislatif negara.

Fokus itu senada dengan usaha reformasi Parlimen yang digariskan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Wan Jaafar.


(Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed)

"Saya juga bertujuan untuk membantu Yang di-Pertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Wan Jaafar untuk melaksanakan agenda kerajaan yang telah ditetapkan beliau dalam ucapan semalam untuk melaksanakan Akta PSA (Parliamentary Services Act) untuk mengembalikan semula kuasa kepada parlimen untuk menentukan hal ehwal pengurusannya.

"Saya juga akan membantu Tan Sri untuk memperkasakan lagi komuniti khas yang ditubuhkan kerajaan untuk memberikan akauntabiliti yang lebih tinggi kepada kementerian-kementerian yang terlibat selaras mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan Perpaduan, kerajaan Madani hari ini", katanya dalam sidang media di Parlimen.

Semalam, Datuk Nur Jazlan dipilih sebagai Timbalan Speaker Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.

Media Baharu