fb fb fb fb fb

Kuota pengambilan pelajar perubatan IPT tempatan dikekalkan

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Jun- Kuota pengambilan pelajar perubatan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dikekalkan sebanyak 4,820 setahun.

Bagaimanapun, perbincangan bersama Jawatankuasa Khas Kementerian Kesihatan akan dipergiat bagi meneliti penyelesaian isu lambakan graduan jurusan berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini bagi memastikan peluang pengajian jurusan yang ditawarkan pada kos berpatutan.


(Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

"Kementerian akan terus kekalkan jumlah yang ditetapkan kerana antaranya permohonan ramai untuk mengambil jurusan perubatan dan kadar yang ditetapkan untuk universiti tempatan adalah murah, maka dengan demikian kita kita sedang melakukan pendemokrasian pendidikan.

"Kita membenarkan membolehkan ramai memohon jurusan perubatan. Jadi kalau kita kurangkan pengambilan dalam negara, maka sudah tentulah ada ramai yang terpaksa ke keluar negara dan kosnya sangat tinggi.

"Kedua, pelaburan yang besar yang telah kerajaan buat hendak memastikan kita dapat melahirkan doktor tempatan dan saya percaya IPTS yang membina hospital dan sebagainya, hospital mengajar lebih RM500 juta-RM600 juta.

"Ketiga, kita berkeyakinan bahawa sistem pendidikan negara boleh melahirkan pelajar yang baik, termasuk dalam bidang perubatan. Saya beri jaminan semua ini akan dijaga", katanya dalam sesi Dewan Negara di Parlimen.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, pada tahun 2022, jumlah graduan perubatan tempatan dilaporkan seramai 3,934 orang.

Manakala, seramai 4,875 merupakan graduan perubatan luar negara.

Media Baharu