fb fb fb fb fb

Amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri hingga 1 pagi- MetMalaysia

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 9 April- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di sembilan negeri yang dijangka berterusan sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kemas kini MetMalaysia, negeri-negeri yang terlibat termasuk seluruh Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Di Perak, amaran cuaca buruk membabitkan kawasan Kinta dan Kampar.

Situasi sama dijangka berlaku di beberapa kawasan di Pahang, termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

Sementara itu, Negeri Sembilan melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin, manakala di Melaka hanya Jasin terlibat. Tangkak pula menjadi satu-satunya kawasan terjejas di Johor.

Di Sarawak, amaran cuaca melibatkan kawasan Kapit (Belaga) serta Miri, merangkumi Beluru, Telang Usan dan Marudi.

Bagi Sabah, kawasan terlibat ialah bahagian pedalaman Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Keningau, selain kawasan Pantai Barat yang membabitkan Papar.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar sentiasa peka dengan ramalan cuaca semasa dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE