fb fb fb fb fb

Daftar SPM 2023 calon persendirian dilanjutkan hingga 30 Jun 2023

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Pendaftaran peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2023 bagi calon persendirian yang telah tamat pada 16 Jun 2023 dilanjutkan hingga 30 Jun 2023 (Jumaat) pukul 6.00 petang.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata perkara ini bagi memberi peluang kedua kepada hampir 30,000 calon SPM Tahun 2022 yang tidak dapat hadir untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Menurut KPM Pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT) di pautan sppat.moe.gov.my.

Calon juga perlu mematuhi syarat-syarat pendaftaran yang ditetapkan serta perlu membuat bayaran asas dan bayaran mata pelajaran yang hendak didaftarkan.


(Foto Portal KPM)

"Sukacita dimaklumkan permohonan pendaftaran peperiksaan bagi calon lepasan SPM Tahun 2022 adalah dikecualikan daripada fi bayaran lewat daftar. Manakala pendaftaran peperiksaan bagi calon persendirian selain calon lepasan SPM Tahun 2022 masih tertakluk kepada syarat-syarat pendaftaran sedia ada.

"Maklumat lanjut berkaitan pendaftaran peperiksaan SPM Tahun 2023 bagi calon persendirian boleh diperoleh daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di pautan lp.moe.gov.my.", menurut kenyataan itu.

“KPM sentiasa prihatin dengan masa depan anak-anak bakal peneraju negara dan berharap agar calon-calon lepasan peperiksaan SPM Tahun 2022 menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan untuk menduduki dan memperbaiki keputusan peperiksaan SPM masing-masing.

Media Baharu