KUALA LUMPUR, 21 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA.
Dalam satu kenyataan, FELDA memaklumkan pihak pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA menyambut baik pelantikan tersebut.
Pengalaman luas, wawasan serta komitmen tinggi Datuk Seri Ahmad Shabery diyakini mampu membawa FELDA terus maju ke hadapan, seiring aspirasi pembangunan negara di bawah kerangka Malaysia MADANI,” menurut kenyataan itu.
Datuk Seri Ahmad Shabery turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas kepercayaan yang diberikan untuk terus menerajui FELDA.
Beliau sebelum ini dilantik sebagai Pengerusi FELDA pada 1 Julai 2023, sebelum pelantikannya tamat pada 30 Jun lalu.