fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak bercadang perkenal semula GST, cukai kepenggunaan berasas luas

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan tambahan ahli parlimen
Taiping, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, hari ini) 

KUALA LUMPUR, 14 Februari - Kerajaan tidak bercadang memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mahu pun cukai kepenggunaan berasas luas, dalam usaha menangani isu hutang negara.

Perkara berkenaan dimaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Jelas beliau, dengan tidak memperkenalkan semula GST mahu pun cukai kepenggunaan berasas luas, fokus kini adalah dengan melaksanakan langkah memperketat pengurangan subsidi bagi golongan kaya.


(Foto hiasan) 

"Kita tidak bercadang untuk memperkenalkan GST atau pun cukai yang berkepenggunaan asas yang luas iaitu 'broadbast consult base'.Yang kita akan perketatkan adalah pengurangan subsidi bagi golongan kaya sepertimana yang dilakukan dalam isu subsidi elektrik. Sepertimana saya jelaskan dalam dewan ini, walau pun ada keputusan kerajaan sebelum ini untuk mengurangkan tarif tetapi kerajaan sekarang membatalkan cadangan itu dan menyasarkan hanya kepada T20 iaitu MNC, syarikat-syarikat besar melainkan syarikat-syarikat 'food security'," kata beliau ketika menjawab pertanyaan tambahan ahli parlimen Taiping, Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Dengan langkah tersebut, pelabur dari dalam dan luar negara juga yakin untuk melabur sekali gus mampu memulihkan ekonomi negara.

Media Baharu