fb fb fb fb fb

Kerajaan tidak bercadang naikkan kuota minyak paket

Fuziah Salleh ketika menjawab soalan wakil Rasah, Cha Kee Chin mengenai cadangan kerajaan menambah kuota minyak paket bersubsidi.

KUALA LUMPUR, 2 November- Kerajaan tidak bercadang menaikkan kuota minyak paket bersubsidi meskipun terdapat banyak gesaan berbuat demikian.

Tindakan itu hanya akan meningkat kos pelaksanaan program Kestabilan Harga Minyak Masak yang sedang dijalankan, selari dengan pergerakan harga minyak mentah.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, tumpuan ketika ini lebih kepada penyasaran subsidi minyak masak berpaket kepada golongan yang layak.

"Cadangan penambahan kuota perlu diperhalusi buka saja kpdn malah bersama dengan kementerian lain spt ekonomi, mof nak pastikan sbrg penambahan kpata tak ebrijka impak negatif kepada kedudukan kewangan kerajaan,"katanya.

Beliau menjawab soalan Rasah, Cha Kee Chin mengenai cadangan kerajaan menambah kuota minyak paket bersubsidi.

Kementerian juga melaksanakan tujuh langkah bagi mengatasi isu kekurangan bekalan termasuk meneruskan dasar larangan eksport minyak masak dalam polibeg selain memperkasa dan menaik taraf sistem eCOSS bagi rantaian bekalan minyak masak paket bersubsidi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE