fb fb fb fb fb

Kerajaan terbuka bantu industri bermasalah- Rafizi

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Kerajaan terbuka untuk membantu industri yang mengalami masalah dalam bentuk bantuan yang mengubah struktur industri itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ini berikutan, bantuan berbentuk subsidi tidak mampu menyelesaikan masalah sedia ada dalam industri.

"Apabila harga gas naik mendadak sudah tentu kos mereka melonjak. Kerajaan lebih cenderung untuk membantu mereka menukar sumber tenaga daripada gas, contohnya kepada biojisim.

"Sebab itu, jika mahu membuat sendiri, mereka memerlukan sedikit sebanyak bantuan. Namun, bantuan atau diberikan kerajaan itu mengubah struktur dan operasi industri berkenaan supaya ia dapat menyelesaikan masalah yang sedia ada," katanya kepada pemberita selepas Program Invest Malaysia di sini.

Sesi panel itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Muhamad Umar Swift.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu