fb fb fb fb fb

SC, Bursa Malaysia perkenal Rangka Kerja Pemindahan Pasaran LEAP

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Berhad akan memperkenal Rangka Kerja Pemindahan Pasaran LEAP.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan rangka itu bagi syarikat yang berhijrah daripada Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.

Selain itu, Bursa Malaysia akan memperkenal 'Rangka Kerja Penasihat Diluluskan Diiktiraf' baharu yang akan mengembangkan kumpulan penasihat untuk Pasaran ACE.

"Bagi keperluan syarikat mengembangkan perniagaan mereka, saya sukacita mengumumkan SC bersama Bursa Malaysia akan memperkenal Rangka Kerja Pemindahan Pasaran LEAP ke Pasaran ACE.

Pada masa sama, Bursa Malaysia akan memperkenal Rangka Kerja Penasihat Diluluskan Diiktiraf bagi memperluas kumpulan penasihat untuk pasaran ACE," kata Anwar dalam ucaptama Invest Malaysia di ibu negara.

Rangka tersebut berikutan rungutan dalam kalangan pemegang saham firma tersenarai Pasaran LEAP yang menghadapi halangan untuk berhijrah ke Pasaran ACE.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu