fb fb fb fb fb

Kerajaan teliti isu awal BUDI95

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melakukan lawatan kerja di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Malaysia France Institute (MFI) di Bangi

BANGI, 25 September -Kerajaan sedang meneliti pemasalahan awal yang dibangkitkan rakyat berhubung pelaksanaan inisiatif subsidi petrol bawah program penyasaran subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara berkenaan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dipengerusikannya semalam.

"Memang di peringkat awal ni mungkin ada terdapat beberapa permasalahan, tetapi semalam saya sendiri mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet. Kami meneliti serta memperincikan permasalahan awal yang akan dibuat untuk memperbaiki sistem, termasuklah mereka yang mempunyai Mykad yang agak lama," katanya pada sidang media pada Lawatan Kerja ke Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute, di sini.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memberi jaminan semua pihak boleh menerima manfaat berkenaan selepas kekurangan itu diperbaiki kerajaan.

Ini melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Kementerian Kewangan.

TETITIA YUSOFF