fb fb fb fb fb

Kerajaan tanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur, ayam

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Sejak Februari 2022, kerajaan menanggung RM3.8 bilion untuk subsidi telur dan ayam.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tujuan asal subsidi sementara ini adalah untuk mengawal harga ayam dan telur yang meningkat mendadak serta menangani kekurangan bekalan.

"Trend semasa menunjukkan bekalan ayam dan telur telah mula stabil. Harga pasaran semasa kini juga berada bawah harga siling kawalan.

"Maka dengan itu, kawalan harga sementara yang ditetapkan akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran," kata Anwar ketika membentangkan Belanjawan MADANI Kedua di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Pengumuman terkait langkah-langkah konkrit lanjutan akan dibuat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam masa dua minggu.


(Foto Fail)

Media Baharu