fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024: Kementerian Pertahanan, KDN terima perutukan RM19 bilion

KUALA LUMPUR, 13 Oktober- Kementerian Pertahanan menerima peruntukan sebanyak RM19.7 bilion manakala Kementerian Dalam Negeri (KDN) pula diperuntuk RM19 bilion bagi meningkatkan keselamatan dalam negara selain mengekalkan keharmonian.

Sebagai langkah memperkukuh tahap kesiapsiagaan pertahanan dan keselamatan negara, kerajaan akan memulakan proses perolehan aset-aset baharu termasuk perolehan 12 helikopter baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), perolehan aset-aset utama Tentera Darat Malaysia (TDM) dan perolehan bagi menggantikan aset lama dengan tujuh buah pesawat kapal terbang twin engine dan lima buah helikopter ringan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bagi menangani situasi tegang di Laut China Selatan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "Malaysia mengulangi komitmen penyelesaian secara aman menerusi Deklarasi Kod Tatalaku dalam soal pertikaian itu.

Kerajaan turut menambah aset-aset perairan antaranya perolehan 45 unit bot pelbagai jenis Tentera Darat serta sembilan buah kapal ronda generasi baharu dan bot pemintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Selain itu tujuh pos imbangan akan dibina antaranya di Melikin dan Pa’ Daleh, Sarawak, pos keselamatan di Sungai Desa Aji Kuning, Pulau Sebatik (Sabah) serta kerja awalan pembinaan dua ICQS di Nabawan dan Kalabakan (Sabah).

Perkara itu bagi meningkatkan keselamatan sempadan dan perairan negara selain mempertingkat kecekapan kawalan di pintu masuk antarabangsa.

Kerajaan turut memelihara kesejahteraan anggota beruniform dan para pesara dengan "RM400 juta disediakan untuk menyelenggara dan membaik pulih semua Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

"RM20 juta turut disediakan untuk menaik taraf sistem pembetungan Kem Tentera Darat secara berfasa," katanya semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat di sini.

(Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu