fb fb fb fb fb

Kerajaan tangguh kenaikan tol, tanggung kos lebih RM500 juta demi rakyat

FOTO HIASAN / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Kerajaan mengambil langkah proaktif menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya yang sepatutnya berkuat kuasa tahun ini mengikut perjanjian konsesi asal, demi memastikan rakyat tidak terbeban.

Langkah itu membolehkan pengguna terus menikmati kadar tol sedia ada, tanpa sebarang kenaikan dalam masa terdekat.

“Kerajaan bersetuju menangguhkan kenaikan tersebut supaya rakyat terus menikmati kadar tol yang sama,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pengumuman khas hari ini.

Sebagai kesan langsung, kerajaan akan menanggung kos pampasan lebih RM500 juta kepada syarikat konsesi.

Antara lebuh raya yang terlibat dalam penangguhan kenaikan kadar tol berkenaan termasuklah Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE