fb fb fb fb fb

Elaun sara hidup pelajar tajaan JPA dinaikkan

(Datuk Seri Anwar ketika menyampaikan amanat kepada para pelajar Tajaan JPA di
Institusi Pengajian Tinggi pada Progran Bicara Siswa Cakna Madani/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan di dalam dan luar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Datuk Seri Anwar berkata kenaikan elaun itu melibatkan kenaikan 15% kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara, kecuali pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) yang telah dinaikkan pada 7 November tahun lepas.

Selain itu ia melibatkan kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.

"Kenaikan kadar ESH ini melibatkan pertambahan implikasi kewangan dengan anggaran sebanyak RM52.03 juta bagi tempoh enam bulan mulai Julai 2023 yang akan memanfaatkan 43,595 orang pelajar.

"Kenaikan kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang tinggal di bandar-bandar besar," menurut kenyataan itu.

Inisiatif semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa memikirkan bebanan kewangan pengajian, di samping memastikan penawaran penajaan kerajaan kekal releven dan berprestij.


(Datuk Seri Anwar (tengah) bergambar kenangan bersama para pelajar tajaan JPA di
Institusi Pengajian Tinggi pada Progran Bicara Siswa Cakna Madani/BERNAMA)

Media Baharu