fb fb fb fb fb

Kerajaan sokong prinsip kebebasan berkarya, tidak campur tangan soal kreativiti dan percambahan idea

FOTO FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 13 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeaskan, kerajaan tidak campur tangan dalam soal kreativiti dan pencambahan idea serta nilai karya seni tempatan.

Beliau berkata, malah kerajaan kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni dan ia mesti disemarakkan.

"Malam tadi saya dan Azizah berpeluang menonton tayangan khas filem Sheriff Narko Integriti dalam program anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di GSC IOI Mall, Putrajaya.

"Saya terkesan tatkala filem ini menjadikan isu integriti, rasuah dan salah guna kuasa sebagai tema utama. Saya sambut baik usaha murni pihak pembikin filem ini yang menyambut ketegasan kerajaan dalam mendepani masalah rasuah dan kelemahan tatakelola.

"Saya juga kagum dengan mutu perfileman tempatan yang begitu membanggakan dan saya amat yakin industri tempatan punyai keupayaan untuk bersaing, tidak hanya di rantau ini, malah di peringkat antarabangsa juga,"katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook, hari ini.

Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah buat pasukan sutradara, para pelakon, penerbit serta semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem Sheriff Narko Integriti.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE