fb fb fb fb fb

700 individu di Sarawak mohon kewarganegaraan sejak November 2022

Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak

KUCHING, 12 Jun- Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteran Komuniti telah menerima 700 permohonan kewarganegaraan antara 1 November 2022 hingga 13 Mei 2024.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata daripada jumlah tersebut, 223 permohonan memenuhi syarat manakala 477 tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Menurutnya, pemohon yang tidak layak disarankan untuk memohon kewarganegaraan bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan, mendaftar kelahiran anak, mendaftarkqn pengangkatan anak secara teratur dan mendaftar perkahwinan dengan warga asing secara teratur.

Datuk Seri Fatimah menyatakan demikian pada majlis penyampaian sijil kewarganegaraan dan dokumen sementara bagi individu tanpa kewarganegaraan di Kuching.

Sijil Kewarganegaraan disampaikan kepada tujuh individu manakala enam orang menerima Dokumen Sementara Individu Tanpa Kewarganegaraan di Sarawak.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE