fb fb fb fb fb

Kerajaan sokong pelaksanaan projek berasaskan teknologi Hijau

(FOTO RTM)

SLIM RIVER, 13 April-Kerajaan menyokong sepenuhnya pelaksanaan projek-projek yang menggunakan teknologi hijau atau amalan rendah karbon.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ini termasuk pembangunan sektor tenaga hidroelektrik di seluruh negara.

Jelasnya, kerajaan menerusi pembentangan Bajet 2023 komited terhadap mentransformasikan sektor tenaga ke arah tenaga boleh diperbaharui.

"Sasaran yang disebut hanyalah untuk memperluas dan melipatgandakan segala perkara-perkara seumpama ini, stesen janakuasa hidro yang dibawah tajuk besar iaitu kelestarian alam sekitar, itu sasaran utama di bawah kementerian kewangan kerana kita terikat dengan konvensyen antarabangsa yang lain yang mengharapkan agar kita mengadakan projek projek yang lestari alam sekitar", katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim di sini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan kerja ke Stesen Janakuasa Hidro Sungai Slim di Slim River, Perak.

Tambahnya, projek pembangunan stesen janakuasa hidroelektrik bukan sahaja dapat memelihara alam sekitar, malah menjana pendapatan tenaga hijau untuk negara.


(Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan)

Media Baharu