fb fb fb fb fb

Nahas Sabah Air: Australia bebas dedahkan laporan

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 13 April-Pihak berkuasa Australia bebas untuk mendedahkan laporan nahas pesawat Sabah Air yang berlaku pada Jun 1976.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pihaknya juga telah menghubungi kerajaan Australia berhubung perkara berkenaan.

"Kerajaan Australia menghormati kerajaan Malaysia kerana insiden tersebut berlaku di sini (Malaysia). Mereka (Kerajaan Australia) bertanyakan pandangan dan pendapat bagi mendapatkan kebenaran bagi mendedahkan laporan tersebut.

Kerajaan Malaysia tidak mempunyai halangan atau bantahan berkaitan perkara tersebut. Semua terpulang kepada kerajaan Australia untuk menedeahkan laporan tersebut", ujarnya.

Semalam, laporan siasatan akhir nahas pesawat Sabah Air atau ‘Double Six’ dikelaskan sebagai dokumen terbuka dan boleh diakses di laman web Kementerian Pengangkutan.

Berdasarkan laporan berkenaan, tiada bukti menunjukkan sebarang unsur sabotaj, kebakaran atau letupan yang telah mengorbankan Ketua Menteri Sabah, Tun Fuad Stephens serta beberapa anggota kabinet.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/FOTO RTM)

Media Baharu