fb fb fb fb fb

Kerajaan sentiasa utamakan kebajikan pekerja - JPA

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 1 Mei- Kerajaan komited dalam menjaga kebajikan golongan pekerja di semua sektor.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, kerajaan turut menghargai sumbangan majikan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negara.

"Hubungan yang akrab dan terjalin antara kerajaan, majikan dan pekerja dengan mengambil semangat Keluarga Malaysia memberikan satu jalinan kerja yang padu bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang berkualiti.

"Ketika negara berada dalam fasa peralihan ke endemik, kita yakin semua golongan yang terlibat mampu untuk bergerak ke hadapan untuk memulihkan negara dan sebelum ini terkesan dengan pandemik COVID-19," kata beliau dalam perutusan khasnya bersempena Hari Pekerja 2022.


(Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah/FOTO Fail)

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua penjawat awam atas usaha dan komitmen yang tinggi serta berterusan dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan awam terus berada di landasan terbaik sekali gus memberi manfaat yang signifikan kepada negara demi kesejahteraan rakyat.

Media Baharu