fb fb fb fb fb

120 anak yatim terima sumbangan hari raya daripada YAYSH

BANDAR BAHARU, 1 Mei- 120 anak-anak yatim di enam daerah di Kedah menerima sumbangan hari raya Aidilfitri daripada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) bagi tahun 2022.

Daerah terlibat ialah Baling, Sik, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Yan dan Pendang.

Ahli Lembaga Pengarah YAYSH, Datuk Rosli Awang berkata sumbangan diserahkan secara berperingkat-peringkat di daerah terlibat bermula 24 April lalu.

"Kesemua anak-anak yatim berkenaan menerima bantuan berupa kelengkapan hari raya, duit raya dan hamper. Saya berharap dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak yatim sekalian bagi meringankan beban perbelanjaan membeli kelengkapan hari raya Aidilfitri," kata Rosli kepada pemberita menerusi ucapannya pada Majlis Pengurniaan dan Sumbangan Aidilfitri Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah 2022 peringkat Daerah Bandar Baharu di Pejabat Daerah Bandar Baharu, Kedah.

(Majlis Pengurniaan Sumbangan Aidilfitri YAYSH disempurnakan Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun di Pejabat Daerah Bandar Baharu)

Seramai 20 penerima dari Daerah Bandar Baharu menerima sumbangan yang disampaikan oleh Che Puan Besar Kedah, Tuanku Hajah Haminah Hamidun.

Ia merupakan acara tahunan yayasan itu bagi membantu anak-anak yatim dari keluarga kurang berkemampuan di negeri itu.

Media Baharu