fb fb fb fb fb

Kerajaan sedia beri ruang kerjasama kepada Telegram

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 7 Jun- Satu pertemuan perlu diadakan antara pihak Telegram dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam masa terdekat
bagi mengelak tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Menteri Komunikasi dan Digital, FahmiFadzil berkata perkara itu penting kerana aplikasi Telegram banyak digunakan oleh sekolah dan pengamal media untuk perkongsian video dan imej.

"Saya percaya pihak kerajaan bersedia untuk kerjasama tapi asasnya kita perlu lihat pihak Telegram duduk bersama pihak SKMM. Jadi saya telah mengarahkan SKMM untuk mengubungi Telegram kerana mereka telah menghubungi saya dan bersedia mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.

"Kita berikan ruang walaupun pihak SKMM telah memberi beberapa syor yang sangat tegas tetapi kita beri sedikit ruang kerana saya lihat sekirnya mereka ingin kerjasama maka saya lihat ia benda yang baik.

"Sekiranya tidak maka tindakan masih sedia diambil," kata Fahmi dalam sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code #MyGirlsCan 2023 sempena International Girls in ICT (GICT 2023) di sini. Kuala Lumpur.

(Fahmi dalam sidang media selepas melancarkan kempen Hour of Code #MyGirlsCan 2023
sempena International Girls in ICT (GICT 2023

Media Baharu