fb fb fb fb fb

Kerajaan rangka hala tuju sekuriti makanan negara lebih holistik- Mohamad Sabu

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara Bilangan 2 Tahun 2023 diadakan hari ini bagi merangka cadangan hala tuju sekuriti makanan negara yang lebih holistik serta mencadangkan strategi dan pelan tindakan kerajaan menangani isu sekuriti makanan negara.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu kenyataan berkata idea serta saranan yang diketengahkan dalam mesyuarat itu akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dijangka bersidang dalam masa terdekat.

Antara yang dibincangkan adalah status cadangan Program Pembangunan Industri Tenusu Negara, kajian semula penggunaan baja bio dan baja organik, Formulasi baja NPK sedia ada, penggubalan Akta Agrologis, penggubalan Akta Baja serta status pelaksanaan dan cadangan peluasan Jualan Agro MADANI dalam memastikan kemampuan dan ketersediaan bahan makanan kepada pengguna.

Jelas beliau melalui platform itu, idea serta saranan yang diketengahkan dalam mesyuarat ini akan diperhalusi dan ditambah baik sebelum diangkat untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara yang dijangka bersidang dalam masa terdekat.

Tambahnya selaras dengan hasrat membangun Malaysia MADANI adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan tahap keterjaminan makanan negara stabil dan mampan seiring dengan konsep "Keterjaminan Makanan Tanggungjawab Bersama".


(Datuk Seri Mohamad Sabu / BERNAMA)

Media Baharu