fb fb fb fb fb

Belanjawan 2024, fokus kepada semua sektor- Penganalisis

 

SINTOK, 12 Oktober- Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen petang esok dijangka memberi tumpuan terhadap semua sektor ekonomi.

Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia(UUM) Prof. Madya Dr Kamarul Azman Khamis berkata, ia berdasarkan kepada situasi semasa yang memerlukan satu usaha yang lebih jitu, kompetitif dan kompeten bagi memastikan ekonomi negara dan rakyat dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Beliau berkata, situasi ketika ini sangat mencabar dimana rakyat termasuk golongan usahawan begitu tertekan dalam mendepani cabaran-cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor.

Justeru, satu pakej rangsangan yang lebih sistematik dan berdaya saing perlu dilakukan selari dengan keperluan semasa.

"Saya mengharapkan Belanjawan 2024 tidak akan mengkesampingkan mana-mana aspek dan pastinya Kerajaan Persekutuan mempunyai perancangan yang rapi untuk menangani segala isu yang berbangkit ketika ini,"katanya.


(Prof. Madya Dr Kamarul Azman)

Media Baharu