fb fb fb fb fb

Kerajaan pertimbang bantuan khas nelayan, pekerja guna petrol

FOTO HIASAN / BERNAMA

PUTRAJAYA, 26 September - Kerajaan akan meneliti mekanisme khas bagi membantu nelayan kecil serta pekerja yang menggunakan petrol dalam kerja harian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun subsidi diesel sudah diperuntukkan untuk sektor perikanan, kerajaan sedar ada golongan yang masih bergantung kepada petrol seperti operator mesin rumput, pemilik bot kecil, penjana elektrik (genset) dan mesin potong rumput.

“Tapi kalau betul dia guna petrol, semalam sudah buka portal di bidang kewangan, boleh kemukakan cara laluan, kita akan bantu dia… kalau tak ada lesen atau kenderaan tak berdaftar, yang itu kita boleh pertimbangkan. Saya jamin kita akan bantu,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan bersasar ini penting bagi mengelakkan ketirisan serta memastikan hanya golongan layak menerima bantuan.

“Ini usaha kita untuk menjaga kehidupan rakyat kecil tanpa menjejaskan langkah kerajaan mengurangkan kebocoran subsidi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bulan September 2025 hari ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE