fb fb fb fb fb

KPKT lulus RM23.1 juta peruntukan bagi naik taraf infrastruktur di Johor

(Menteri KPKT, Nga Kor Ming)

JOHOR BAHRU, 15 Mei- Sebanyak RM23.1 juta diperuntuk kerajaan Persekutuan, menerusi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi mengatasi isu berkaitan infrastruktur awam di Johor, tahun ini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, daripada jumlah itu, RM21.7 juta diperuntuk, bagi projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur awam, yang perlu disiapkan tahun ini.

Beliau berkata, projek melibatkan kesemua 16 Pihak BerkuasaTempatan (PBT) di Johor, iaitu RM13.5 juta bagi 35 projek Kerajaan Tempatan, dan RM8.5 juta untuk 28 projek kolam takungan, bagi menebat banjir kilat.

Selain itu, RM1.3 juta diperuntukkan untuk naik taraf fasiliti Anjung Selera Laman Tasek Pandan, dan Gerai Jalan Biru di Johor Bahru.

"Peruntukan ini adalah untuk kerja – kerja menaik taraf unit gerai, ruang makan, tandas awam, bumbung, berbekalkan dengan tenaga solar, sistem perparitan, pemasangan sistem solar, perangkap minyak dan menurap semula jalan serta tempat meletak jalan di gerai," katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja ke Johor Bahru.

Hadir sama, Timbalan Menteri KPKT, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.


(Nga Kor Ming semasa mengadakan lawatan kerja ke Johor Bahru)

Media Baharu