fb fb fb fb fb

Kerajaan perkukuh sistem amaran awal hadapi gelombang kedua banjir

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

GOMBAK, 15 Disember - Kerajaan mengambil langkah proaktif dengan memperkukuhkan sistem kesiapsiagaan dan amaran awal bagi menghadapi risiko gelombang kedua banjir.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun keadaan cuaca sukar diramalkan dengan tepat, keutamaan memfokuskan mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi bagi membolehkan pemindahan penduduk dilakukan lebih awal.

"Kita tidak dapat menjangkakan dengan tepat, namun gelombang kedua banjir dijangka tidak hanya melanda Pantai Timur, termasuk Kelantan dan Terengganu, tetapi juga merebak ke Pahang, Johor serta bahagian selatan Sarawak.

"Kita telah mewujudkan sistem – termasuk dari segi kesihatan dan sistem amaran awal (Early Warning System). Ia bertujuan membolehkan pemindahan penduduk dilakukan lebih awal bagi mengelakkan kehilangan nyawa dan kerosakan dokumen," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas lawatan kerja ke Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) di ibu negara.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut memaklumkan bahawa semua agensi berkaitan telah diarahkan berada dalam keadaan siap siaga bagi memastikan operasi pemindahan dan bantuan dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI