KUALA LUMPUR, 28 April- Kerajaan memperkenalkan model baharu penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi program Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Jun tahun ini.
Menurut kenyataan JPA, model baharu itu dikenali sebagai Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) akan menggantikan model lama PBU 2016 yang berasaskan merit tempat berkhidmat.
"Langkah itu selaras dengan prinsip Ihsan MADANI bagi memperkasa pembangunan modal insan berteraskan kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan," menurut kenyataan hari ini.
Menerusi model baharu itu, pelajar tajaan JPA kecuali dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan menikmati pengurangan bayaran balik pinjaman bergantung kepada pencapaian akademik masing-masing.
Bagi pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi, mereka akan diberikan pengecualian penuh bayaran balik sekiranya berjaya menamatkan pengajian dan memenuhi ikatan kontrak berkhidmat dengan kerajaan.
"PBU Akademik akan digunakan kepada semua pelajar tajaan baharu mulai 1 Jun 2025, kecuali penerima Dermasiswa," menurut kenyataan.
Dalam masa sama, pelajar sedia ada bawah model PBU 2016 diberikan pilihan untuk menukar kepada model baharu ini secara berperingkat mulai 1 Januari 2026.
"Pelajar PBU 2016 yang telah tamat pengajian dan kini membuat bayaran balik, diminta menghentikan bayaran balik bermula 1 Jun 2025 sehingga penukaran opsyen dibuka," tambah kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Portal Penajaan JPA di penajaan.jpa.gov.my atau e-mel kepada