fb fb fb fb fb

Bina pusat latihan sendiri, kerajaan Perak belum terima permohonan rasmi

PERAK, 29 September- Kerajaan Perak belum menerima permohonan rasmi daripada Kelab Bola Sepak Perak (Perak FC) untuk pemilikan tanah bagi membangunkan pusat latihan sendiri di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, permohonan perlu dibentangkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan melalui proses yang ditetapkan, sebelum sebarang kelulusan dibuat.


(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

"Saya belum dapat permohonan itu. Dia kena hantar permohonan kepada pejabat tanah manjoi. Pejabat Tanah akan proses seperti biasa. Sebaik sahaja diorang masuk permohonan ke pejabat tanah, pejabat tanah akan proses biasa, jabatan kerajaan kata kalau tiada apa-apa, PTG kata disokong. Sokong kita luluskan," katanya di sini

Jelasnya lagi, tiada jaminan istimewa yang bakal diberikan sebaliknya Perak FC harus melalui proses yang sama bagi mendapat pemilikan tanah tersebut.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutupan Pertandingan Pidato Perak Sejahtera 2030 di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Media Baharu