fb fb fb fb fb

Guru Besar gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa - KPM

PERAK, 29 September- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan, Guru Besar sebagai pentadbir yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai
guru biasa di sekolah rendah.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Radzi Jidin berkata, ia selepas perbincangan dilakukan di peringkat kementerian bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan.


(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, semasa menghadiri
Program Eksplorasi Alam Lestari siri 3 di Pusat Perlindungan Hidupan Liar, di Sungkai)

Menerusi perbincangan itu, guru terlibat yang telah mencapai gred DG52 akan kekal berada di sekolah sebagai guru besar mengikut tempoh sedia ada.

"Kita sudah selesai, kita sudah bincang di peringkat kementerian, kita sudah berunding, berbincang beberapa kali dengan pihak JPS, dan terbaharu kita berbincang lagi dengan JPA dan Kementerian Kewangan, jadi insya-Allah dalam masa terdekat, tidak lama dah kita akan umumkan perincian dia, apa yang paling penting guru-guru yang dikatakan tadi sampai gred dah melebihi gred sepatutnya hendak kembali ke sekolah, cikgu boleh kekal situ, kekal sebagai guru besar untuk tempoh yang ada," katanya.

Tambahnya lagi, data mengenai jumlah guru yang terlibat sedang dalam proses semakan dan ianya tidak akan mengganggu proses kenaikan guru lain.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Eksplorasi Alam Lestari siri 3 di Pusat Perlindungan Hidupan Liar, di Sungkai, Perak.

Media Baharu