fb fb fb fb fb

Karnival Jom Beli Rumah Wilayah Utara tarik hampir 25,000 pengunjung

PULAU PINANG, 29 September- Hampir 25,000 pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencari rumah idaman dalam Karnival jom Beli Rumah Wilayah Utara di Kepala Batas.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Hasleen Isnin berharap, orang ramai akan menggunakan saluran karnival ini untuk mendapatkan manfaat memiliki rumah kediaman, khusus golongan B40.


(Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Hasleen Isnin)

"Usaha sama ini adalah untuk mempertingkatkan lagi pembangunan rumah untuk golongan B40 di kawasan utara ini, dari pihak SPNB kami ada dua produk yang membantu untuk pemilikan rumah terutama sekali ialah mengenai rumah mesra rakyat kami dimana harganya ialah 75,000 dan 20,000 subsidi dengan penambahan yang telah diumumkan oleh YB Reezal tadi sebanyak 500 unit lagi untuk rumah mesra rakyat di kawasan Pulau Pinang untuk tahun ini dan seluruh negara penambahan daripada 3,000 kepada 5,000 rumah mesra rakyat ini," katanya.

Seramai 25,000 pengunjung telah bertandang ke karnival tiga hari itu.

Pemaju-pemaju serta institusi pembiayaan menawarkan lebih 92,000 unit rumah di wilayah utara dan 130,000 stok rumah mampu milik berharga RM300,000 ke bawah juga boleh dimiliki.

Siri Jelajah Hope dan Karnival Jom Beli Rumah Wilayah Utara ini merupakan kesinambungan selepas pelancaran utamanya yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Julai lalu.

Media Baharu