fb fb fb fb fb

Kerajaan pantau 92 projek sakit - Mustapa

JELI, 12 Februari - Sebanyak 92 projek sakit dan bermasalah telah dikenal pasti dan sedang dipantau di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata projek sakit terlibat mengalami kelewatan melebihi dua bulan atau 20% berbanding jadual pelaksanaan.

22 daripadanya adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Projek sakit ini sedang dipantau oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, pemantauan daripada semasa ke semasa.

"Antara punca utama menyumbang kepada kelewatan ialah masalah kontraktor dan perunding serta isu pelaksanaan projek seperti penyelarasan di antara pelanggan, agensi pelaksana serta pihak ketiga," katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Membina Jalan dari Chedok ke Nibong, di sini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata tindakan sewajarnya sedang diambil untuk memantapkan kriteria pemilihan dan pelantikan kontraktor serta perunding selain usaha meningkatkan kemahiran penjawat awam dalam menguruskan projek pembangunan negara.

Dalam perkembangan lain, Mustapa memaklumkan ekonomi negara mencatatkan peningkatan sebanyak 3.1% selaras dengan sasaran kerajaan antara 3 dan 4% sepanjang tahun lalu.

Namun katanya, pencapaian pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berada pada paras terendah sasaran rasmi dan nilai KDNK masih belum mencapai paras sebelum pandemik COVID-19 dengan jurang 2.7% atau RM38.2 bilion pada harga malar berbanding 2019.

Media Baharu