fb fb fb fb fb

Kerajaan Negeri Perak atur program kebajikan menjelang Ramadan

PERAK, 14 Mac- Pelbagai program kebajikan anjuran bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah di atur Kerajaan Negeri Perak menjelang ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak Salbiah Mohamed berkata, fokus akan diberikan kepada program turun padang dan penyampaian sumbangan kepada golongan sasar.

 
(Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan
Pembangunan Usahawan, Salbiah Mohamed 
merasmikan Bual Bicara
sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Perak 2023)

"Majlis berbuka puasa bersama anak yatim, golongan asnaf dan juga pejuang-pejuang kanser. Ini di atur oleh Persatuan Pejuang Kanser. Itu salah satu program lah. Selain daripada saya akan turun ke rumah-rumah anak yatim dan juga kerajaan negeri sendiri insya-Allah akan ada program Seronok Raya untuk memberikan keseronokkan kepada anak-anak yang layak menerima pakaian raya nanti," katanya kepada pemberita ketika hadir merasmikan Bual Bicara sempena Sambutan Hari Wanita Negeri Perak 2023 anjuran Kelab Wanita Ikon Malaysia di Dewan Serbaguna Bangunan Darul Ridzuan.

Ujarnya, bantuan juga akan diberikan kepada ibu tunggal yang memerlukan dan golongan sasar yang lain berdasarkan keperluan menjelang ramadan nanti.

Tambahnya, terdapat persatuan, NGO dan individu persendirian yang akan turut menyampaikan sumbangan dan turut serta dalam program yang bakal dianjurkan.

Media Baharu