fb fb fb fb fb

Hampir RM10 juta dana diterima Zoo Negara

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Kerajaan telah memperuntukkan RM9.86 juta Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar kepada Zoo Negara setakat 2018 hingga 2022.

Ini bagi membantu kos pengoperasian, makanan hidupan liar, pengurusan husbandri dan ubat-ubatan.


(Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad)

Bagi tempoh sama, RM4.8 juta turut diperuntukkan kepada Zoo Taiping & 'Night Safari' bagi menaik taraf fasiliti zoo dan pengurusan dan kebajikan hidupan liar.

Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad sememangnya kita lihat rekod yang ditunjukkan Zoo Taiping sebagai rekod yang baik.

"Kita ada 36 permit yang sudah diberikan kepada zoo dan pameran seluruh negara.

"Fungsi peringkat NRCC menyokong aktiviti konservasi, hub pendidikan dan kesedaran awam, ruang reakreasi awam, hub penyelidikan dan sebagainya, Zoo Taiping dikendali oleh PBT MPT.

"Kerajaan akan lihat mcm mana hendak sokong insiatif yang diambil pihak MPT untuk pastikan Zoo Taping dan 'Night Safari' akan jadi tumpuan," katanya semasa menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh.

Media Baharu