fb fb fb fb fb

Program Sarjana Perubatan ditambah 1,500 slot mulai 2023

(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa menjawab pertanyaan
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Alias Razak)

KUALA LUMPUR, 14 Mac- Latihan pengajian kepakaran Program Sarjana Perubatan telah ditingkatkan sehingga 1,500 slot mulai tahun 2023.

Ini berdasarkan kepada 1,371 slot yang ditawarkan pada tahun 2022 bagi semua 23 bidang kepakaran di lapan buah Universiti Awam.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, ia merupakan sebahagian usaha menggalakkan lebih ramai pegawai perubatan melanjutkan pengajian kepakaran khususnya dalam bidang kepakaran kritikal.

"Menawarkan kemudahan yang setara dengan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian lantikan kontrak KKM melalui Program Latihan Kepakaran (PLK) dengan Biasiswa KKM untuk mengikuti pengajian kepakaran Sarjana Perubatan, Sarjana Pergigian dan Parallel Pathway di institusi dalam/luar negara mulai sesi akademik 2022/2023,"katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Alias Razak.

Setakat Disember 2022, seramai 7,993 pegawai perubatan lantikan tetap dan kontrak sedang mengikuti pengajian kepakaran di bawah Program Sarjana Perubatan dan Parallel Pathway.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu