fb fb fb fb fb

Kerajaan negeri akan naik taraf bangunan Melaka Sentral

FOTO FAIL/BERNAMA

PERINGGIT, 23 Februari - Kerajaan Negeri Melaka melalui Perbadanan Melaka (MCORP) akan menaik taraf bangunan Melaka Sentral termasuk menambah baik sistem pengurusan dan meneliti masalah utama yang berlaku di bangunan tersebut.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri tidak akan merobohkan bangunan Melaka Sentral sebaliknya melakukan kerja pemuliharaan di bahagian yang mengalami kerosakan memandangkan bangunan tersebut mempunyai identiti tersendiri. Usaha itu akan mengambil masa tiga hingga lima tahun.
 
"Saya lihat satu kawasan yang cukup baik untuk kita memberikan penambahbaikan kaedah sistem pengurusan dan dalam bentuk teknikal kawasan-kawasan yang telah kita putuskan menjadikan sebagai kawasan tumpuan pusat perdagangan .

"Memandang kos membina semula Melaka Sentral ini begitu tinggi hasil lawatan saya nanti saya akan perincikan bahawa lebih baik kita beri satu kaedah pemulihan daripada kita meruntuhkan semula dan membina sebuah kompleks baru yang akan menjejaskan orang ramai atau penumpang penumpang bas menggunakan kaedah yang sedia ada," kata Ab Rauf.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Pengkalan Batu di Melaka Sentral, di sini.
 
Tambah beliau, faktor keselesaan penumpang perlu diambil kira, memandangkan terdapat lebih 220 perjalanan keluar masuk bas setiap hari di situ.
 

TETITIA YUSOFF