fb fb fb fb fb

Kerajaan N.Sembilan utamakan rumah kualiti, selesa untuk rakyat

Foto FB J.Arul Kumar

TAMPIN, 7 Jun- Pembinaan rumah mampu milik yang berkualiti serta selesa antara komitmen kerajaan Negeri Sembilan dalam menyediakan perumahan sejahtera kepada rakyat di negeri itu.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata kerajaan negeri optimis menyediakan perumahan mencukupi, berkualiti dan selesa khususnya bagi golongan berpendapatan rendah.

"Walaupun kita ada dasar perumahan negeri tetapi kita mahukan rumah rumah Type A ini walaupun berharga 80,000 tetapi perlu dibina dengan kualiti.

"..Rumah murah, harga rendah tetapi kita mahukan rumah itu dibina dengan kualiti dan pembeli dapat mendapat manfaatnya," katanya pada Majlis Perasmian Pengundian Rumah Mampu Milik Type A Taman Jade Hill Tampin, di Dewan Perdana Tampin di sini.

Seramai 15 pemohon daripada 32 pemohon yang layak telah berjaya dalam proses pengundian Rumah Mampu Milik Type A berharga RM80,000 bagi Projek Taman Jade Hill, Tampin.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM