fb fb fb fb fb

Kes judi: Lebih 90 serbuan di Johor

Foto FB Polis Kluang

JOHOR BAHRU, 7 Jun- Sebanyak 93 serbuan dan kertas siasatan dibuka sepanjang Januari hingga Mei lalu, hasil Op Dadu: Tindakan Pembanterasan Perjudian Loteri Awam Haram yang dijalankan di daerah Kluang, Johor. 

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata daripada jumlah itu, 58 kertas siasatan (62.30 peratus) telah dituduh di mahkamah.

Manakala, 35 kertas siasatan (37.60 peratus) masih dalam siasatan.

Usaha pembanterasan itu juga dibantu agensi Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan sebanyak lapan premis yang menjalankan aktiviti perjudian loteri awam dalam daerah Kluang akan dikenakan pemotongan bekalan elektrik.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953. 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM