fb fb fb fb fb

Kerajaan masih kekalkan subsidi minyak masak polibeg 1 kilogram

KUALA LUMPUR, 18 Julai- Isu kerajaan tidak membantu rakyat tidak seharusnya dibangkitkan kerana subsidi minyak masak polibeg satu kilogram masih lagi diberikan malah telah ditambah.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, kerajaan juga dijangka membelanjakan subsidi minyak masak polibeg satu kilogram dengan peruntukan sehingga RM4 bilion tahun ini.

Angka itu naik secara mendadak berbanding keperluan pada tahun 2020 iaitu RM500 juta dan RM2.1 bilion pada 2021.

Berkenaan subsidi minyak botol yang dihentikan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa subsidi yang diberikan bermula Ogos 2021 itu bertujuan untuk mengurangkan bebanan rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pada perancangan kerajaan, subsidi itu hanya sehingga Disember 2021 kerana akan membuka semula aktiviti ekonomi secara berperingkat dalam Pelan Pemulihan Negara.

Namun, kerajaan amat prihatin dengan perkembangan trend minyak sawit mentah atau CPO yang naik secara konsisten disebabkan permintaan dunia yang telah mula membuka aktiviti ekonomi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Atas sebab itu, kerajaan telah melanjutkan pelaksanaannya sehingga Jun 2022 dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM382 juta bagi melaksanakan program subsidi minyak botol ini.

Kerajaan juga sedang melaksanakan audit terhadap pengilang-pengilang bagi mencari punca penyelewengan minyak masak.

Media Baharu