fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI komited tuntut keadilan buat mangsa MH17

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Kerajaan MADANI memberi jaminan untuk terus komited menuntut keadilan bagi 298 mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang terhempas akibat ditembak kumpulan pengganas di Ukraine.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Malaysia bersama beberapa negara lain yang terbabit akan meneruskan tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa.

“Memang daripada segi tindakan undang-undang di peringkat antarabangsa akan diteruskan dan Malaysia bersama-sama dengan negara-negara terlibat," katanya pada sidang media Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) di sini.

Pada 14 Julai 2014, pesawat MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Rusia di timur Ukraine, ketika ia dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 penumpang di dalam pesawat itu meninggal dunia.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM