fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI komited promosi amalan lestari, kurangkan jejak karbon

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Kerajaan MADANI menetapkan komitmen yang kukuh bagi mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan amalan lestari.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan telah memperuntukkan dana besar ke arah tenaga boleh baharu serta sumber tenaga bersih dan mampan.

Tambahnya, inisiatif tersebut termasuk sokongan kepada pertanian mampan dan amalan mesra alam bagi memelihara alam sekitar jangka panjang.

"Pada masa sama, kerajaan sedang membangunkan penyelesaian pengangkutan hijau. Ia bagi mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kesalinghubungan.

"Kami telah melaksanakan dasar pelbagai aspek yang bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran karbon, mempromosikan ekuiti sosial, mencipta peluang pertumbuhan baharu dalam ekonomi hijau, dan memastikan tadbir urus yang telus,"menurutnya dalam hantaran tersebut.

Inisiatif-inisiatif itu katanya menandakan komitmen Kerajaan MADANI yang tidak berbelah bahagi untuk mengurangkan jejak karbon negara dan mempromosikan amalan lestari.

"Bersama, kita boleh membina Malaysia yang lebih mampan dan saksama untuk generasi akan datang,".

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE