fb fb fb fb fb

Permit institut memandu boleh dibatalkan jika tawar lesen terbang

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke/Foto BERNAMA

SEREMBAN, 23 Jun-Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)akan membatalkan permit permit institusi memandu yang didapati menawarkan lesen terbang.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata amaran berkenaan bertujuan meningkatkan integriti dalam kalangan Insitusi memandu selaras dengan pelaksanaan Sistem Latihan dan Pengujian Memandu Secara Elektronik (eTesting).

"Kita mahu supaya etesting ini menjadi satu budaya.Dalam tempoh lima tahun akan datang, kita akan mewajibkan eTesting ini.

"Setakat ini, kita masih bagi kelonggaran sedikit.Jadi, kita mesti biasakan perkara ini.Saya tidak mahu tiada langsung IM (Insititut Memandu) yang tidak terlibat, tiba-tiba menjelang tahun kita wajibkan semuanya terpaksa.Nanti akan ada kelam-kabut di situ", ujarnya demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Akademi Memandu RDS dan Pelaksanaan Projek Lesen Orang Asli di sini.

Dalam pada itu,Loke turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan di media sosial yang kononnya menawarkan lesen memandu tanpa perlu ke kelas dan ujian memandu kerana ia merupakan sindiket penipuan.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya menerima banyak permohonan daripada institut memandu berhubung pelaksanaan eTesting sejak ia diperkenalkan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD