fb fb fb fb fb

Kerajaan MADANI komited beri layanan saksama kepada semua kaum - PM

Foto FB Perdana Menteri

IPOH, 4 Mei- Kerajaan MADANI sentiasa memberi layanan yang saksama kepada semua kaum, meskipun kaum itu hanya minoriti.

Tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kerajaan Perpaduan tidak akan bertolak ansur dalam menjadikan Malaysia sebagai negara hebat yang mempunyai pelbagai kaum dan agama.

"Sebab itu, saya yakin sekiranya negara kita ini stabil, dasar kita jelas. Kemudian, kita jamin untuk bela nasib setiap rakyat negara kita, saya percaya dalam beberapa tahun Malaysia akan diangkat semula sebagai negara gagah dan hebat di rantau ini," kata Anwar ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Vaisakhi Negeri Perak 2024 di Stadium Indera Mulia, di sini.

Tambah beliau, antara teras dalam konsep MADANI ialah ihsan, kemanusiaan dan semua pihak perlu berusaha untuk mencapainya.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 untuk kebajikan komuniti Sikh di Perak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM