Kerajaan MADANI kekal pegang prinsip Perlembagaan – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ RTM

PAROI, 29 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI kekal berpegang kepada prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiada cadangan untuk meminda Perlembagaan atau menolak prinsip-prinsip termaktub.
  • Pengiktirafan rakyat pelbagai kaum tidak menafikan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu seperti dijamin Perlembagaan.
  • Kerajaan komited memastikan semua rakyat dihormati dan dirangkul sebagai sebahagian keluarga besar Malaysia.
  • Semua rakyat mesti pertahankan keharmonian dengan menghormati Perlembagaan, Islam sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja dan hak kaum lain.

“Tidak pernah kita cadang dalam Pakatan Harapan atau Kerajaan MADANI sekarang ini nak pinda Perlembagaan, nak menolak prinsip-prinsip yang termaktub.

“Jadi, isu ini apa? Ia hanya politik di bawah untuk timbulkan kemarahan,” katanya ketika berucap pada Program Temu Anwar di sini, malam ini.

Beliau berkata kerajaan turut memberi jaminan bahawa pengiktirafan terhadap rakyat pelbagai kaum tidak bermaksud menolak kedudukan mana-mana pihak termasuk hak istimewa orang Melayu yang dijamin di bawah Perlembagaan.

Datuk Seri Anwar berkata kerajaan komited memastikan rakyat Malaysia daripada semua kaum terus dihormati sebagai sebahagian daripada keluarga besar Malaysia.

“Kerajaan juga beri jaminan bahawa rakyat Malaysia daripada semua kaum harus dirangkul menjadi sebuah keluarga,” katanya.

Perdana Menteri berkata semua rakyat perlu bersama-sama mempertahankan keharmonian negara dengan menghormati Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, perkara itu termasuk mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, kedudukan Raja-Raja Melayu serta hak istimewa orang Melayu, di samping menghormati hak kaum lain yang menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.