fb fb fb fb fb

Kerajaan kutip RM476 juta melalui cukai LVG

Lim Hui Ying/RTM

KUALA LUMPUR, 10 September- Kerajaan berjaya mengutip RM476 juta hasil pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Rendah (Low Value Goods, LVG) bagi tahun 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.

Beliau menjelaskan pencapaian itu membuktikan keberkesanan dasar berkenaan dalam merapatkan jurang percukaian antara peniaga tempatan dan luar negara.

Hasil kutipan itu bersama sumber hasil lain akan disalurkan semula kepada rakyat melalui subsidi bersasar, bantuan pendidikan, kesihatan serta pembangunan infrastruktur.

"Manfaat jangka panjang akan lebih memihak kepada peniaga tempatan selain memperkukuh hasil negara, meskipun terdapat kenaikan harga kecil terhadap barangan import bernilai rendah," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Senator Datuk Wira di Dewan Negara hari ini.

Beliau menambah, kerajaan sedar sebarang pelaksanaan cukai boleh memberi kesan terhadap harga barangan, namun objektif utama LVG adalah mewujudkan persaingan adil supaya peniaga tempatan tidak terpinggir daripada arus e-dagang global.

SITI AISHAH BINTI MD ISA